yang muda

kelihatan perjalanan ini perjalanan kita sendiri..
iya.. benar.. pada kedua yang dihormati jangan di abaikan..
semasa kesusahan yang mana kita sendiri harus telan, pernah atau tidak sejenakkan dimana mereka berdua..
lain akalnya lain jalannya..
seperti seakan tidak mereka perlakukan kepada, dah dianggap tidak akan diperlakukan yang sama..
walhal lupa, mereka sedang melakukan pada pihak yang sama antaranya..

itu cerita jalanan mereka..
jangan diulangi keperitan yang pahit kepada yang lagi muda suatu masa berpeluang jadi ibubapa..
jadi ibubapa yang mana yang muda lebih menghormati kerana sifat.. bukan sikap..
mereka terima kekurangan kita kerana kasih sayang.. 

percaya atau tidak..
Allah akan bagi rasa yang sama suatu masa..
kerana nya, kitaran hidup kita takkan jauh beza..

aku..
aku terima segalanya untuk senyum aku bila dengan Allah..
cerita aku hanya dengan Allah..
bukan dengan siapasiapa..

aku disuruh cerita, aku cerita kepadanya untuk kebenaran..
tetapi mangapa aku yang dihina semula..

aku disuruh diam, aku diam kepadanya kerana keaiban..
tetapi mengapa tanpa segan engkau mengaibkan..

aku disuruh bersabar tunggu bagaimana ceritanya, aku sabar telan segala tohmahan..
tetapi mengapa jalan yang kalian jalan bertentangan dengan percakapan..

aku disuruh meruntuhkan segala tiang setelah mendapat gelaran, aku meng-iyakan demi Tuhan..
tetapi mengapa tiada itu juga yang dijanjikan..

cerita ini...
cerita inilah yang buat aku kuat untuk redha..
kerananya..
aku keringatkan segalanya demi Tuhan..
aku jalankan demi tiada aku dipersalahkan kemudian..
aku akhirnya senyumkan untuk kalian..

tujuannya ini..
jalan yang baru mendatang..
jangan dilupa segala sudah tertimpa badan..

kerananya..
bila tiba masa..
Allah akan ulangkan..
untuk keadilan di sana..