mengenai keindahan setia ini aku pegang lama dalam hati..
kesetiaan kepada sesuatu yang kita rasa kita tak mampu nak buang..
kerana takkan ada sekelumit rasa hendak..
cuba untuk berpaling walau hanya sesaat..
aku pegang perkataan ini berjalan sama dengan perbuatan..
tahun demi tahun sehingga ke akhir tahun yang ke tujuh..
akhir jalan cerita adalah kerana kesetiaan jua..........................
berjalanlah sejauh mana jika setia didalam dada..
takkan kemana..
akan bersama kerana janji setia bersama...
setelah memerah segala keringat jerih perih bersama..
mendaki gunung yang tinggi menjauh di atas..
bersama memegang janji untuk kesana..
didalam pendakian yang penuh dengan halangan yang bermacam duri..
membawa diri mengikut jalan mana yang mengizinkan pendakian sebelum bertemu memegang semula..
air mata serta segala janji ditabur bersama..
aku pergi mengikut perjalanan yang jauh untuk mendapat peluang yang indah supaya sampai di atas..
dia pergi mengikut jalan yang seolaholah bertentangan pandangan mata kami..
badan kami hanya terlihat belakang sahaja...
walau tidak tersanggupkan hati untuk berpisah sementara..
tetapi kepercayaan dan kesetiaan ini dipegang..
pasti bertemu di akhirnya nanti..
percaya itu hadir setelah setia..
setia hanya untuk bersama..
sesuatu yang tidak pernah terjangkakan..
akhirnya pecah di dalam dada..
akhirnya terbongkar segalanya..
segalanya ini sudah bernoktah..
cerita pendakian ini akhirnya tidak bertemu kami diatas sana...
setelah mendapat segalanya yang dia inginkan..
manakala aku masih terkapai mencari jalan untuk berjaya bersamanya..
akhiri dengan... bukan aku menjadi pilihan untuk menyambut kemenangannya..
aku teruskan pendakian ini bersama beratnya hati dan mata..
aku jauhkan perjalanan..
aku belokkan arah pendakian..
supaya.. tidak akan ternampakkan aku bila sampai di atas..
kepadanya..
yang pernah sama untuk setia..
setialah sepenuhnya...
berjanjilah bersama seiringnya kelakuan..
aku yang masih disini masih tersenyum..
semoga..
jalan yang diambil..
kamu bahagia..
jalan kita.. tak lagi bersama..
semoga.... bahagia...
:')