kotak lagi

penggal baru ini bagi banyak lagi contohcontoh pengalaman yang akan aku timba
benda baru
aku dan kami di kehendakkan buat satu benda baru
untuk lengkap dapat satu sijil tu

aku ada satu contoh pengalaman yang dah aku dapat
tajuk yang sama
buat benda baru

semasanya ini
aku dan kumpulan yang di buang org
sekumpulan yang takkan mahu dek manusia
kerana
sikap keanakan dan kenakalan

aku tarik tangan sekumpulan ini jadi anggota aku
aku senyumkan dengan bangga aku ada mereka dalam kumpulan aku
aku keluarga kan mereka bersamasama untuk tempuh satu pengalaman yang ada makna

aku pikirkan suatu ketika baru balik dari mengaji
aku sandarkan bada pada dinding menghadap tingkap
dikiri aku ada satu almari kain-orang-bujang-pakai
kanan aku ada satu katil-orang-bujang-pakai

dan
aku dapatkan pensel dan kertas 
untuk rakamkan apa yang dah lalu dalam maya aku

lakaran kotak dah terlukis

mencurah lagi apa yang terbangan di maya aku
terhasil satu kotak besar yang ada meja

almari itulah kotak yang di maksudkan

bukan mesin canggih
bukan sistem hebat
bukan susah 

aku bincangkan dengan ahli keluarga lain
cadangan mulanya seperti tidak akan termakbul untuk di kotakan

aku bicarakan mengapa kotak tu yang harus kita jalankan

ini...
kotak ini.. 
mampu kita buat dengan kederat kita sekeluarga
tak perlu keluarkan wangringgit untuk kerahtenaga manusia lain
kita mampu

kemudian
kerja mencari seorang-untuk-membimbing

dari seorang ke seorang yang lain
semua sudah dituntut oleh budak mengaji yang lain

kami bincang
kami baca
kami terpandang
seorang manusia garang dengan pengajarannya tapi faham sebutir demi sebutir
seorang yang takkan dikehendakkan oleh budak mengaji lain

aku berlari mendapatkan dia
aku mahu kan dia
aku tekad mahukannya

waktu solat ketika itu
dia duduk di kerusi untuk menjalankan tuntutan agama

aku
jumpa dengan dia
aku
hulurkan satu kertas yang menunjuk apa kami mahu dan mampu buat dengan bimbingan dia

satu ayat dia bagi
katil taknak letak?

aku terdetikkan
hina kah ?
sindiran?

tapi
manusia itu bukan maksudkan seperti yang aku maya kan

bernassss
cadangan itu aku masukkan

lantas di cop kan nama dia pada kertas kami

terimakaseh ENCIK SALIM

ya.. 
itu nama dia
indah kan

perjalanan kami makin lancar
kami perah tenaga siang malam

ada yang lalu di telinga
"itu budak mengaji teknik punya kerja"
"itu kat kedai ada di jualkan"

aku tahu
ramai tertawa dengan hanya mendengar nama "kotak" tu

aku tekadkan
ini kita buat dengan sepenuh hati
jangan ada sekali tak ikhlas

sekali dua aku dengan kawanbaiksampaimati membuat kerja berdua
keluarga lain ada kerja yang harus dibuat
keizinan aku diminta
aku izinkan

ada keluarga lain irihati dengan sikap itu
senyuman aku bukan bangga kerana aku tempat minta izin
tapi
aku bangga ada budak yang dibuang mereka dulu mempunyai sifat mulia

aku tak minta yang pandai menggunung ilmu
aku cuma minta keikhlasan dan kekeluargaan

pekerjaan kami buat dari matahari ada hingga pulang

dan...
hari penentu dah depan mata
kami bersedia dengan semangat penuh

kami berdoa 
kerja ini dapat hasil yang baik dalam sijil dan modal untuk pekerjaan sebenar

alhamdulilahhhhhhhhh
kerja yang budak-sekolah-teknik-punya-projek ini dapat pengiktirafan
walau bukan peringkat yang tertinggi
tapi 
kami dipandang oleh cikgucikgu

cikgicikgu bagi kami dipandang oleh yang lain

alhamdulilahhhh

sekali lagi akan aku tempuh tapi bukan bersama keluarga yang sama
tapi keluarga baru yang ada kenangan tak indah
tapi aku endahkan

ciptakan kenangan yang baru supaya indahkan yang tak indah itu

ikhlaskan apa yang dibuat
syukurkan apa yang di tangan

aku
bersyukur

terima kasih pada kalian keluarga baru

kita ciptakan kenangan baru dan dapatkan seperti yang dah pernah aku dapat






aminnnn...