asing

menjadi asing bila bukan itu yang kita kenal pada asalnya
mungkin perjalanan yang aku sangka lama ini tidak cukup matang 
aku merasakan seperti bukan aku atau itu bukan dia

perjalanan yang lama ini rupanya tidak ada restu
restu yang di cakapcakapkan
restu yang di uatarakan berulangulang kali

aku
seorang perempuan yang takkan mampu nak jadi manusia ter sempurna sekali di mata seorang perestu itu..
aku hanya seorang anak tidak berayah tidak berkemampuan tidak banyak bercakap

aku hanya seorang yang hanya tahu akan
tidak aku senyum melihat kesusahan umat manusia lain

seorang ayah yang bertongkat tidak di pimpin anak
aku menangis

seorang anak tidak cukup sifat di marah pak guard
aku menangis

seorang ibu yang hendak menaiki bas untuk pergi melihat anaknya mendapat ijazah
aku menangis

inilah aku yang takkan mampu aku dapat melihat kegelisahan manusia lain dengan mata yang kering

apakah salah aku dapatkan tangan yang dihulur itu?

atau adakah bukan aku orang yang layak?

ya Allah..
apakah yang dimiliki mereka itu sudah sangat cukup untuk mereka banggakan dengan meninggi
apakah semua itu bukan dari Mu ya Tuhan...

wahai manusia yang melihat
tolonglah kalian pada manusia yang bukan sama dengan kalian rasakan 

jika bukan kerana orang asing
apakah kalian boleh izinkan hati kalian menganggap manusia itu adalah seorang anak yatim?
boleh kan kalian izinkan hati kalian menganggap manusia itu adalah ibu tunggal?

sudikan kalian ?
aku...
tidak pernah mangadu nasib 
ini adalah cerita kitakita semua yang sering kita lihat 
tapi di palingkan muka kerana akan halhal dunia yang lebih penting dianggapkan itu

kalaulah dapat aku jeritkan
bahawa 
apakah nasib kalian jika mendapat nasib yang seumpama
Ya Allah.... betapa bukan kalian dapat bayangkan dengan mudah

Terima kasih kerana bukan aku layak dapat pertolongan itu..
kerana aku terbangkit dari lena mimpi yang indah itu buat sekiannya
aku hanya berfikir
tidak akan aku ulangi ini semua pada yang seterusnya
kebaikan akan aku ulangi tidak pada yang kiri

kepada manusia itu yang bukan sama tarafnya dengan aku
terima kasih
aku izinkan yang berlaku dengan riang
aku lepaskan yang di bicarakan dengan senyum

aku tidak akan jadikan anak itu menjadi seorang penderhaka pada mu...
aku jadikan ini cerita indah dalam sejarah aku

berbahagialah dengan seadanya
bersyukurlah keindahan yang di rasa

jika keras hati terhadap pemikiran yang tertutup
pergilah perkuburan orangorang islam untuk lawatan seketika
di situlah kembali kitakita semua
takkan dapat dibawa bersama kenderaan yang di gaduhkan itu
bukanlah restu yang diulangulang itu menjadi perbualan malaikat
restu yang hanya dalam definisi mu sendiri

maaf kanlah perkataan ini dengan tenang
jika perkataan mu dapat aku riangkan dalam diam

begitu jualah untukmu ku harapkan

terima kasih