pegang bila dapat

cerita suatu cinta dunia yang dikejarkejar untuk Akhirat katanya..
erm...
ceritanya punya jalan yang seringkali tersadung demi kerana mahu pegang segala yang apa ada seketika ini......
lupa setiap kali apa yang dah Dia janji..
"kau cinta Aku, Aku takkan hampakan kau..."
tapi... manusia yang hina ini takkan pernah nak nampak kerana segalanya kononnya tak terzahir depan mata dan terpegang dek tangan..
walhal lupaa...
yang selama ini..
segala kehinaan segala kecacatan diri segala kejahilan hati fikiran..
Dia simpan!!
erm.........

seringkali sehingga hati kata--"tak apa, semoga segalanya apa yang dicari engkau dapat"
berkali entah berapa kerap aku zahirkan dalam kata...
"pegang apa depan mata, bilamana tiada yang dipegang kononnya akan sehingga mati kau pegang dapat kekal"
tiba masa segalanya bukan seperti yang dijangka...
entah bila aku atau engkau akan mati.....
mati yang bilamana ketika itu segalanya berakhir...
berakhir segalanya sehingga itu kau jumpalah Dia dan menjawab segalanya kau janjikan apa tertunaikan yang dipadukan dalam perjanjian kau selama ini...

wahai engkau yang aku tak dapat nak jeritkan sekuat hati..
betapa pedih bilamana seseorang yang sangat sayang zahirbatin segala..
pergi buat engkau mati bersama dalam hati kau...
mahu dibangkit setelah segala kau lihat sudah ternyata seperti kau anggap itu tidur--takkan mudah bagi engkau dimana aku yang kali kedua merasa segala yang sama ini juga tersadai dalam diri aku baring aku...
yang memaksa itu juga sudah aku paksakan..
aku paksa mahu engkau percaya akan kata makna aku..
bukan khayalan aku..
bukan mimpi dalam tidur aku seolah kau bayangkan...
kenyataan ini aku katakan...
bukan ditiputipukan engkau semata mahu engkau pandang aku kerana sayangnya--walhal........

bilatiba mana engkau merasa kelak suatu masa yang akan tiba jua..
aku tak mampu untuk melihat walau dengan boneka hati aku palsukan segala perasaan--hendak dipadankan muka...
maaf...........
pesanan demi pesanan yang setiap kali aku hitungkan saat ke saat satu lagi terlalu sehingga engkau seolah--sudahlah........

kepada Dia yang sering aku ngadukan mengenai...
segala nama yang aku harapkan dapat jumpa semula disana nanti...
aku zahirkan dalam segala airmata yang meronta supaya Dia dengar bahawa aku bersungguh mahu..

aku katakan disini..
bila nanti aku tiada lagi yang mencurahkan kata dongengan seperti yang dianggap..
engkau boleh kalian juga boleh...
buat satu bacaan untuk tahu..
apa sudahnya segala tersadungan manusia yang kerap menipu diri dengan segala kekiri....

maafkan aku...
aku yang suatu masa pernah mati kerana mainan dunia yang entah apa ini...
memohon kata maaf yang takpernah aku zahirkan dengan suara..
yang sering rasa malu dengan segala kekurangan...
maafkanlah aku..
akulah manusia yang kurang suara itu..
yang sering manusia lain hinakan kerana tidak termampukan hendak berkataramah seperti keramahan lain yang manusia lain lebih selesakan..
kekurangan suara ini juga alasan manusia lain buat aku tersadai dalam cerita dunia aku yang mana aku merasa tersangat hina sehingga melutut mohon maafkan segala kekurangan aku...
aku lepaskan segalanya suara yang ada selepasnya..
apa gunakan bila diri bukan manusia terimakan hanya kerana tidak memuaskan segala kemahuan diri yang dimana sering Allah bagitahu--dunia ini akan hancurkan kamu....

maafkanlah aku.....
tak termurahkan suara dan senyuman itu adalah aku.......
dalam hati aku....
aku murahkan segalanya.......
doa pertama...
air mata kedua........
itu sahaja aku mempunyai yang takkan siapa nampak....
maafkanlah aku.........
kita akan mati jua....
akan kesana samasama..
akan bertemu jua...
dimana Allah suruh mencari manusia yang engkau tidak termaafkan...
jadi.....
selesaikan segalanya disini sementara kita masih tidak dalam keadaan--segala aib dibuka sertamerta.....

maafkan aku....
i love you....