merancang


perancangan yang dah disusun tu kita takkan nampak ape..
dari mula kita yang mula merancang dan menentukan itu adalah Allah kita yang sangat Tahu itu..
seketika ini perancangan untuk mancapai satu tahap yang tak pernah ada dalam bayangan, mula ada..

dahulu,
sebelum nya merancang untuk ada kecukupan yang memudahkan segala untuk hidup..
kini,
setelah lama kian kita mula melihat jalan cerita dunia ini..
mula nampak..
jangan dah kaya baru nak rancang, sebab takkan pernah cukup sampai bilabila pun dalam memenuhi kehendak manusia..
sebenarnya, jika mahu kaya... pilihlah yang halal itu dulu.. kemudiannya Allah lebih mudahkan segala..

melihat kepada peredaran yang sekarang ini, apa pun segalanya mesti ada sistem..
sistem daripada manusia yang punya satu hati juga..

hendak dipenuhi segala kemahuan dan segala yang tersedia seperti manamana manusia akan buat--takkan kemana
disitu jugak tak berganjak..

jadinya sekarang ini..
ambil mana wajib..
yang manamana hanya sekadar kemahuan, fikir Dia.. apa ini sebenar BAHAGIA??

kepenatan melayan kerenah manusia yang hanya sekeping hati juga yang ada..
tak terlayan..

biar penat sembahyang
biar penat mengaji
dari penat men-dunia-kan hidup kita

em.. sekali lagi,
bukan yang terbaik dah aku sampai..
jalan aku juga jalan yang tak pernah lurus taatnya
jadi,
tujuan nya disini..
hendak diluruskan jalan kitakita ini samasama..
buat apa hendak ke Syurga seorangseorang..
bukankah lagi indah senyuman kita bila dapat hidup bersama diSana dengan riang..
ya..
takkan pernah layak..
tapi tak salah kan, kalau kita sekurangnya mengejar berlari ke arah sana..

Ya Allah..
aku seolah mahu menjerit ketelinga semua...
JOMM kita ke Syurga..
Jomm samasama..
lupakan dunia..
dunia yang dikejar ini takde kesudahan..

labuhkan segala pandangan..

Allah dah lama menunggu jerit-perit kita mengadu betapa sakitnya dunia ini buat pada kita..
JOMM samasama kita mengadu pada DIA..
JOMM samasama kita hanya melihat pada DIA..
JOMM samasama kita punya satu tujuan hanya untuk DIA..

takperlu takut..
samasama kita ini akan samasama..

jika tidak mampu untuk melakukan dengan perbuatan..
mulalah hanya dengan ada rasa terkilan dengan perbuatan kita sebelumnya..
ok..

aku bukan ustazah tajuk cerita ini..
tapi JOMM kita samasama jadi ustazah untuk anakanak kita..
JOMM samasama kita jadi SOLEHAH untuk ibuayah suami kita..
jangan tunggu NANTI..
sekarang kita ayuh...

niatkan dalam hati..
semoga baikbaik semuanya..

:)