dunya

dari yang merah dihitamkan..
dari yang dicucuk dikambuskan..
dari yang berasap mulut tak diterima doa, dimerahkan semula bibir..
dari yang tidak sujud pada Nya, mula kembali..
dari yang bukan kemasjid, derma dihulur setiap kali..
dari yang jahil mula jadi anak yang kearah cinta agama..

setiapnya bukan kerana dunya..
kerana takut akan tak diterima bumi dunya ini bila putus nyawa..

semua nya itu, bayangbayang yang membisik ke telinganya supaya bangun..bangun..bangun..
buka mata seluasnya..
kehadapan berjalan..
berlari kepadaNya..

walau dunya melihat mengapa masih kuat bertahan..
takkan faham apa yang tersirat dalam hati..
takkan pernah ada dalam hati ini untuk merasakannya untuk dimengertikan..

segala bisikan "bangun" itu..
bukan balasan yang diharapkan..
cukup cuma senyuman yang terukir...
cukup cuma semua senyum melihatnya..
cukup cuma senyuman mereka dan kamu bagiku...
cukup................ :)

suatu yang aku dapatkan...
perasaan melihat kamu dan mereka tersenyum kepadamu..
perasaan ini... yang tak pernah cukup duit yang ada untuk dibeli................

terima kasih Allah... kebahagian yang dicari akhirnya di tangannya........
senyumannya dia.. terukir juga di hati ini....
bahagianya dia... tersemat juga rasa di hati ini...

tidak mengapa bukan aku...
tidak mengapa tak kenal siapa aku..
tidak mengapa tak diperkenal aku kerana semua nya...
tidak mengapa tidak masuk televisyen..
aku masih bukan siapasiapa..
kerana setiapnya kebaikan itu adalah daripadaMu juga..
segala setiap ketidakbaikan adalah dari hambaMu ini..
aku cuma yang diperantaraankan Engkau untuk pulihkan dia... 
aku cuma seseorang yang melakonkan watak untuk salah satu cerita hidupnya...

semoga dia sentiasa yang terbaik dalam hatinya..
semoga dia sentiasa yang terindah ceritanya..
semoga dia akan baik selamanya..
semoga dia tidak siasiakan apa yang dibisikkan ku ini selama bertahun.. 

pergilah jauh...
larilah sejauhnya..
bawalah semuanya..

cuma di hati ini...................
kata maaf darimu itu......................................
buatkan aku rasa--setiap kali membasahi pipi........
kerana.... tiada lagi yang ku dengar dari mu..........
tidak mengapa..segalanya ada ganjaran disetiapnya......
tidak mengapa..segalanya ada perkara yang kita takkan pernah tahu mengapa...

khilafku adalah padaNya..
dosaku ini membuahkan hasil yang membuatku sujud sesungguhnya..
ganjaran atas segala bahu kiri ini telah bawa aku menutup segalanya untuk dunya..

maafkanlah aku yang ini yang berdosa setiap kali tanpa henti..............

maafkan aku.....