ajar hati

hendak menerima dan yakin sebaikbaik yakin, aku letak dalam doa..
meminta untuk seadanya dia menerima juga, aku letak dalam doa..
antaranya--hamba dengan Tuhan..

hati manusia yang tidak tetap ketaatannya itu biasa kita jumpa..
ketaatan terhadap sesuatu benda atau perkara--berbolakbalik cuacanya..

itu sebablah, letakkan semua dalam doa..
hati kata sayang ketika ini, berubah tak semenamena sekejap lagi..
azalinya sifat itu adalah manusia yang bukan siapasiapa..
katalah sekuat mana pun rasa--tak sama juga nanti..
yakinlah segarang mungkin pun--tak keruan juga nanti..
dipaku sekalipun--dicabutnya juga tah bila tak perasan kenapa..

bukan takutakutkan..
ini dah berlaku :)
ya..
dah tertelan tersedak termuntah terkeluar air mata..

jadi!
simpan semuanya dalam doa..
biar Allah yang dengar..
jangan meronta pada manusia..
sebab..
dia juga sama, tak keruan juga bila terjadi dek badannya bila tertimpa..

macamacam dah cerita anakanak lain aku ter-pandangkan..
semua sama..
beza nya ada, pada cara kita pegang..
nak biar terlepas sendiri, atau lepaskan dengan baik..

seorang sahabat..
saat ini sudah bersuami..
ceritanya juga sama..
ditahan air matanya..
ditelan segala ceritanya..
bantingkan segala usahanya..
dan..
dia Redhakan segalanya..
dia mintakan segalanya yang baik semoga..
berdoa setiap kali semoga hatinya yang separuh lagi bertemu jodoh yang baik..
suatu saat..
masa berlalu..
keredhaannya, memberikan air mata tak terhingga kesyukurannya..
hatinya yang separuh lagi...
datang...
menjemputnya...
kedalam hidup yang baru..
bersamasama..
:)

pelukan aku pada hari bahagianya, gugur segala airmata kerana redhanya dia yang sangat hebat..
dia sahabat yang sangat tabah..
setabah yang takkkan dapat dibayangkan akal..
alhamdulillahhhhhhh...
disetiap fardhu, aku utuskan mereka supaya sentiasa dalam lindunganNya..

inilah cerita kita, manusia..
ambil ketabahan ini..
ambil cara redha ini..
buat kalian  yang rasa--semua tak adil pada kalian..
percaya..
Allah tu.....takkan pernah tidur...
:)