selalu rasa diri macam harihari yang terbaik
contoh diberi macam berlarian dapat nombor satu
angkat tangan bagi jawapan melampau bernas
pujian melambung tertuju pada badan
jalan melenggang sambil bercakap dalam badan, kenapa asyik tengok aku?
em..
bagus dah rasa kan?
tapi adakalanya bukan itu yang disusun kan
bukan harihari dapat minum air coklat sejuk yang sedap
bukan senyum dapat bagi kat kamu setiap masa yang kamu rasa hendak
bonda dah terkata pada badan kamu
yang tahu setiap selok belok liut lentur badan
menidakkan juga
menggelengkan lagi
nafi dah berkalikali kata bukanbukanbukan
tapi
bila disalurkan ceritanya pada telinga lain
yang bukan hidup 24jam 24tahun pun sudah tahu
apa yang disampaikan
di tuturkan itu
benar.....
iyee..
benar....
badan sendiri tak nampak
mata lain dapat nilai
kenyataan itu memang macam peria
tapi
itu lah yang akan tunjuk mana arus selepas nya
perlu terima
berubah
jalan
baru bermakna jalanan kamu